Wednesday 29 June 2011

Wahn..penyakit yang paling bahaya...

Assalammualaikum..

Pernah dengar ke hadis ini:-

Akan datang masa di mana kamu diperebutkan oleh bangsa-bangsa lain sebagaimana orang-orang berebut melahap isi mangkuk." Para sahabat bertanya, "Apakah saat itu jumlah kami sedikit ya Rasulallah?" Rasulullah bersabda, "Tidak, bahkan saat itu jumlahmu sangat banyak, tetapi seperti buih di lautan karena kamu tertimpa penyakit 'wahn'." Sahabat bertanya, "Apakah penyakit 'wahn' itu ya Rasulallah?" Beliau menjawab, "Penyakit 'wahn' itu adalah terlalu cinta dunia dan takut mati."

Soalnya penyakit ini sangat bahaya..malah lebih bahaya dari H1N1 atau HIV atau J.E atau lain-lain penyakit yang ditakuti oleh manusia kini..Mengapa? sebab penyakit ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar,hanya empunya badan sahaja yang mengetahui sama ada dia menghidap atau tidak penyakit ini..Doktor pakar serta sejauh mana pun teknologi di dunia ini pun masih tidak dapat mengesan penyakit ini..

Wahai generasi muda..penyakit ini kini sedang menular di kalangan generasi moden..manakala di kalangan generasi tua ia lebih menakutkan kerana mereka yang tua berpura-pura tidak sedar malahan mengetahui punca dan penawar kepada penyakit ini..Mereka lupa mereka itu masih diberi peluang akhir oleh Allah s.w.t tetapi masih tidak mahu kembali ke jalan Nya..

Hidup yang singkat di sangka panjang..fizikal yang muda tidak digunakan sebaik mungkin..limpahan rezeki Allah tidak pula digunakan sebaiknya..ini lah punca penyakit wahn..semua yang hak tidak diletakkan pada yang hak..Tidak perlu melihat orang lain..lihat pada diri sendiri..ingat di hadapan ALLAH s.w.t..samada diri ini sudah di jangkiti penyakit wahn ini atau tidak..

Benar kata-kata rasulullah s.a.w pada hadis di atas,kita ramai..ramai..bertebaran di muka bumi ALLAH ini..tetapi kita tidak bersatu..bersatu di bawah panji islam..walhal kita mengaku kita ini merupakan islam..Mulut mengatakan islam itu agama yang benar?? Agama islam itu agama yang memberi ketenangan?? tetapi apakah kita bangga mengamalkan islam?? Tepuk dada tanya diri sendiri..

Kemajuan?? Islam tidak menghalang kemajuan..tetapi kemajuan harus diiringi dengan tanggungjawab sebagai khalifah yang diberi amanah untuk mentadbir bumi ini..Kita leka..maka ketika itu penyakit wahn ini datang..apabila islam diperkotak katikkan atau diserang secara bertalu-talu..manakah bilangan kita yang ramai..kita berpecah malahan bunuh berbunuhan antara satu sama lain..kepentingan diri menjadi keutamaan..nilai-nilai murni yang terdapat didalam islam?? manakah ia?? apakah kita ini muslim?? tepuk dada tanya iman..

Kesimpulan, penawar wahn adalah ilmu yakni berusahalah memahami islam dalam konteks sebenar tanpa diiringi hawa nafsu yang akhirnya merugikan kita dihadapan ALLAH s.w.t..Islam itu adalah keseluruhan tidak boleh di ambil sedikit di buang yang lain..cuba mencari apa erti hidup sebenarnya..

1 comment:

  1. waalaikummussalam....skrg nie majoritinya manusia mengejar keduniaan semata-mata...mereka lupa yg dunia nie ibarat RNR...just tmpat perhentian jew...prjalanan yg hakiki di akhirat kelak....tol x????

    ReplyDelete