Sunday 3 July 2011

Kita makhluk yang sangat degil...

Assalammualaikum..

Manusia ini jika degil dan ego maka ia lebih teruk dari haiwan..serius..sebab nafsu dah menguasai akal.

Tanda akhir zaman dah di lihat kan kepada kita..tetapi apakah kita mengambil iktibar dari peringatan dan peringatan yang di lihatkan kepada kita??

Tepuk dada tanya iman..soalnya kita mengetahui akan peringatan tersebut tetapi masih lagi membuat perkara yang di murkai Allah s.w.t..jadi bukan kah ini menunjukkan kedegilan kita yang sangat teruk...

Manusia dah diberikan akal..tetapi mengapa tidak dapat berfikir dengan baik?

kerana akal itu tidak di asah..di asah dengan ilmu...maka akal itu akan membentuk iman..iman yang kukuh umpama tembok yang kukuh.yang tembok yang kukuh jika di serang dengan hawa nafsu..tidak mungkin roboh dengan mudah.

Soalnya..bukan kah kita telah di didik dengan pelbagai peringatan..mengapa masih juga gagal membentuk iman yang tinggi??

Jadi aku mencari punca..punca pemasalahan ini. di akhirnya semua pasti bersetuju..berbalik semula kepada al-quran dan sunnah..tetapi di mana silapnya? berupaya membaca al-quran..mengetahui mengenai hadis...hrmm..apa kah kerana kerana kita mengambil yang mana sesuai dengan diri?? Betul kan? kita hanya mengamalkan apa yang sesuai dengan kita..kita juga mengamalkan sesuatu tanpa memahami erti perkara yang kita amalkan..semua itu memerlukan ilmu..soalnya..kita mempunyai ilmu tetapi ilmu itu tidak meresap ke dalam jiwa..dan diri ini juga tergolong dalam golongan ini..

Pernah kita terfikir mengapa diri ini terlalu degil..degil dalam segala-gala..antaranya degil untuk menerima pendangan orang lain..degil untuk menunaikan perintah Allah..degil dalam meninggalkan larangan Allah..banyak..sangat kedegilan kita..degil itu sebenarnya boleh di tukar kepada sikap positif..seperti degil dari membuat kemaksiatan dan lain-lain yang haram..tetapi kita lupa islam itu keseluruhan..sebab itu degil itu tidak dapat dijadikan positif..kerana islam bukan hanya semata- mata pada solat..puasa.

Islam itu cara hidup..dari sumber hasil pencarian..cara tidur..cara buang air besar dan kecil..semuanya di ajar di dalam islam..jadi lihat lah pada diri sendiri kenapa kita sangat degil..degil pada negatif..walhal mengetahui kebenaran..mungkin ada silapnya..muhasabah diri...jangan melihat keburukan orang lain..atau merasa diri sudah cukup baik..manusia tidak lari dari membuat kesilapan..

Wallahualam..ini hanya pandangan dari diri..yang hina dan buruk..aku juga ingin menjadi cantik..kecantikan yang mana ia di redhai Allah dan tidak menyusahkan orang lain..

No comments:

Post a Comment