Sunday 3 July 2011

Kita makhluk yang sangat degil...

Assalammualaikum..

Manusia ini jika degil dan ego maka ia lebih teruk dari haiwan..serius..sebab nafsu dah menguasai akal.

Tanda akhir zaman dah di lihat kan kepada kita..tetapi apakah kita mengambil iktibar dari peringatan dan peringatan yang di lihatkan kepada kita??

Tepuk dada tanya iman..soalnya kita mengetahui akan peringatan tersebut tetapi masih lagi membuat perkara yang di murkai Allah s.w.t..jadi bukan kah ini menunjukkan kedegilan kita yang sangat teruk...

Manusia dah diberikan akal..tetapi mengapa tidak dapat berfikir dengan baik?

kerana akal itu tidak di asah..di asah dengan ilmu...maka akal itu akan membentuk iman..iman yang kukuh umpama tembok yang kukuh.yang tembok yang kukuh jika di serang dengan hawa nafsu..tidak mungkin roboh dengan mudah.

Soalnya..bukan kah kita telah di didik dengan pelbagai peringatan..mengapa masih juga gagal membentuk iman yang tinggi??

Jadi aku mencari punca..punca pemasalahan ini. di akhirnya semua pasti bersetuju..berbalik semula kepada al-quran dan sunnah..tetapi di mana silapnya? berupaya membaca al-quran..mengetahui mengenai hadis...hrmm..apa kah kerana kerana kita mengambil yang mana sesuai dengan diri?? Betul kan? kita hanya mengamalkan apa yang sesuai dengan kita..kita juga mengamalkan sesuatu tanpa memahami erti perkara yang kita amalkan..semua itu memerlukan ilmu..soalnya..kita mempunyai ilmu tetapi ilmu itu tidak meresap ke dalam jiwa..dan diri ini juga tergolong dalam golongan ini..

Pernah kita terfikir mengapa diri ini terlalu degil..degil dalam segala-gala..antaranya degil untuk menerima pendangan orang lain..degil untuk menunaikan perintah Allah..degil dalam meninggalkan larangan Allah..banyak..sangat kedegilan kita..degil itu sebenarnya boleh di tukar kepada sikap positif..seperti degil dari membuat kemaksiatan dan lain-lain yang haram..tetapi kita lupa islam itu keseluruhan..sebab itu degil itu tidak dapat dijadikan positif..kerana islam bukan hanya semata- mata pada solat..puasa.

Islam itu cara hidup..dari sumber hasil pencarian..cara tidur..cara buang air besar dan kecil..semuanya di ajar di dalam islam..jadi lihat lah pada diri sendiri kenapa kita sangat degil..degil pada negatif..walhal mengetahui kebenaran..mungkin ada silapnya..muhasabah diri...jangan melihat keburukan orang lain..atau merasa diri sudah cukup baik..manusia tidak lari dari membuat kesilapan..

Wallahualam..ini hanya pandangan dari diri..yang hina dan buruk..aku juga ingin menjadi cantik..kecantikan yang mana ia di redhai Allah dan tidak menyusahkan orang lain..

Wednesday 29 June 2011

Wahn..penyakit yang paling bahaya...

Assalammualaikum..

Pernah dengar ke hadis ini:-

Akan datang masa di mana kamu diperebutkan oleh bangsa-bangsa lain sebagaimana orang-orang berebut melahap isi mangkuk." Para sahabat bertanya, "Apakah saat itu jumlah kami sedikit ya Rasulallah?" Rasulullah bersabda, "Tidak, bahkan saat itu jumlahmu sangat banyak, tetapi seperti buih di lautan karena kamu tertimpa penyakit 'wahn'." Sahabat bertanya, "Apakah penyakit 'wahn' itu ya Rasulallah?" Beliau menjawab, "Penyakit 'wahn' itu adalah terlalu cinta dunia dan takut mati."

Soalnya penyakit ini sangat bahaya..malah lebih bahaya dari H1N1 atau HIV atau J.E atau lain-lain penyakit yang ditakuti oleh manusia kini..Mengapa? sebab penyakit ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar,hanya empunya badan sahaja yang mengetahui sama ada dia menghidap atau tidak penyakit ini..Doktor pakar serta sejauh mana pun teknologi di dunia ini pun masih tidak dapat mengesan penyakit ini..

Wahai generasi muda..penyakit ini kini sedang menular di kalangan generasi moden..manakala di kalangan generasi tua ia lebih menakutkan kerana mereka yang tua berpura-pura tidak sedar malahan mengetahui punca dan penawar kepada penyakit ini..Mereka lupa mereka itu masih diberi peluang akhir oleh Allah s.w.t tetapi masih tidak mahu kembali ke jalan Nya..

Hidup yang singkat di sangka panjang..fizikal yang muda tidak digunakan sebaik mungkin..limpahan rezeki Allah tidak pula digunakan sebaiknya..ini lah punca penyakit wahn..semua yang hak tidak diletakkan pada yang hak..Tidak perlu melihat orang lain..lihat pada diri sendiri..ingat di hadapan ALLAH s.w.t..samada diri ini sudah di jangkiti penyakit wahn ini atau tidak..

Benar kata-kata rasulullah s.a.w pada hadis di atas,kita ramai..ramai..bertebaran di muka bumi ALLAH ini..tetapi kita tidak bersatu..bersatu di bawah panji islam..walhal kita mengaku kita ini merupakan islam..Mulut mengatakan islam itu agama yang benar?? Agama islam itu agama yang memberi ketenangan?? tetapi apakah kita bangga mengamalkan islam?? Tepuk dada tanya diri sendiri..

Kemajuan?? Islam tidak menghalang kemajuan..tetapi kemajuan harus diiringi dengan tanggungjawab sebagai khalifah yang diberi amanah untuk mentadbir bumi ini..Kita leka..maka ketika itu penyakit wahn ini datang..apabila islam diperkotak katikkan atau diserang secara bertalu-talu..manakah bilangan kita yang ramai..kita berpecah malahan bunuh berbunuhan antara satu sama lain..kepentingan diri menjadi keutamaan..nilai-nilai murni yang terdapat didalam islam?? manakah ia?? apakah kita ini muslim?? tepuk dada tanya iman..

Kesimpulan, penawar wahn adalah ilmu yakni berusahalah memahami islam dalam konteks sebenar tanpa diiringi hawa nafsu yang akhirnya merugikan kita dihadapan ALLAH s.w.t..Islam itu adalah keseluruhan tidak boleh di ambil sedikit di buang yang lain..cuba mencari apa erti hidup sebenarnya..

Thursday 23 June 2011

An nakba?? apa perkataan ini pada korang?

Assalammualaikum..

Sebut soal artis..soal lagu..soal makanan..atau lain-lain mesti kita banyak pengetahuan..tetapi bila sebut soal palestin mesti kebanyakan dari generasi muda tidak faham konteks keseluruhan..hanya gambaran..yang pasti tahu..rakyat palestin ditinda..orang yahudi..dan al-aqsa..soal sejarah kebanyakan dari generasi muda mesti tak tahu dan tak kisah..jadi inilah perkongsian saya..

Siapa sebenarnya yang merosakkan generasi akan datang?????

 Assalammualaikum..

Sekali lagi saya terfikir..kenapa masalah sosial begitu teruk yer?? Pelik tapi Benar..walhal dah diberi pendidikan..diberi penerapan nilai-nilai murni tetapi hasilnya?? korang je la yang menilai.. sebab benda seperti ini sebenarnya tepuk dada tanya diri sendiri..Kalau tak percaya..meh sini..aku suruh korang tepuk dada tanya diri sendiri atau kalau tepuk pun tak boleh nak bagi korang faham apa aku nak sampaikan..TUMBUK je lah dada tu..hu3..tak kisah lar..tumbuk ke..tepuk ke..janji fikirkan semula dan buat pertimbangan sendiri..sebab benda yang  aku fikirkan ini, adalah sebagai peringatan pada diri..agar jangan tergolong dalam spesis macam ni..tapi aku ni pun selalu kerap jadi spesis ni!!! hu3..spesis ini bergelar..depan cakap lain belakang buat lain..korang mesti cakap..mana ada aku macam tu..sebab tu aku suruh fikir balik..baik orang yang keluar al-azhar atau keluar dari universiti terbaik dalam dunia ini!!sebagai contoh..semua sedia maklum kalau sebut je soal dunia hiburan mesti semua akan cakap dunia hiburan ni teruk..banyak buruk dari baik..atau sebut je politik..mesti orang cakap 'isk..politik ni kotor'..lepas dengar kenyataan macam ni ..sudah pasti ramai yang bersetuju..mustahil tak bersetuju..atau kalau  kita cakap soal melibatkan agama,'statement' macam ini pernah tak korang dengar 'ini antara tuntutan agama'..lebih-lebih kalau melibatkan soal bina insan..serius,ini lah spesis yang aku maksudkan..walhal..kalau kita belajar di sekolah..ustaz dan ustazah pun dah bagitau..islam ini cara hidup..kita tak boleh ambil satu dan buang yang mana kita rasa tak memenuhi citarasa kita..har...spesis ini yang paling bahaya...sebab depan sembang baik punya..belakang??? ALLAHU AKBAR..biar ALLAH je yang menghakimi..serius..aku mencari sebab kenapa generasi zaman aku rosak dan hanyut..pada aku sebab kita dah biasa menjadi  spesis macami ni..

'Reason' kenapa aku buat statement macam ni..ha3..meh sini..:-

1) Cuba lah korang fikirkan 'this is a normal or basic or common reason' yang memang kita belajar setiap hari..semua tahu..kalau sesuatu itu tiada permintaan maka apa berlaku? maka tiada lah pengeluaran..betul tak??? jadi sama dengan konsep di sini..Kita cakap 'owh..artis ini..dunia kegelapan..dunia di mana menyebabkan anak-anak muda kebejatan sosial..atau istilah lain remaja terpengaruh oleh media massa'...jadi masakan massa2 ni ada atau dunia hiburan ini meletup-letup kalau kita tak support..betul?? 'eh..mana ada aku support..aku support yang islamic..'...woah...ayat ini yang aku lagi takut..sebab matlamat tak pernah menghalalkan cara..aku tak ada lah sampai menolak 100% hiburan..agak-agak lah..'normal human' mesti ada hiburan..kalau tak..'jammed' kowt otak..itu yang lagi banyak orang sakit mental..Manusia ni memang pelupa bukan melayu je mudah lupa.. memang ar filem macam ayat-ayat cinta,kiamat sudah dekat..dan etc..itu antara filem yang berunsur islam..tetapi..fikirkanlah..yang haram tetap haram..aurat..sentuhan..isk..macam-macam lah..jadi bila telah diperdaya dengan perkataan 'islam' maka kita pun tak kisah..maka ini bukan islam=deen..tapi islam=citarasa..so fikirkan lah..

2) ha3..aku bukan nak melabel-label yer..aku sedar diri ini..kerdil..ilmu yang aku ada ini pun aku rasa tak sampai 0.01% sebab memang manusia ni halus sangat..bezanya dalam al-quran kita ini merupakan sebaik-baik ciptaan ALLAH..sebab kita ini memang unik..inilah keunikan kita..sebab aku bukan nak 'condemn' sesiapa..tetapi ini yang membezakan antara sesama manusia..iaitu ilmu dan iman..melalui ilmu yang benar dan menyerap dalam kalbu maka iman yang tinggi dan suci akan dilahirkan..orang yang dihantar ke al-azhar..belum pasti ada iman yang tinggi..dan orang yang berada di dalam ilmu dunia atau hisab ni pun belum pasti mempunyai iman yang buruk..kalau tak percaya..aku bagi satu contoh..orang pendidikan agama sudah terdedah dan didedahkan dengan peringatan dan kebenaran..walhal orang yang belajar ilmu hisab ni dia masih tercari-cari sebab ilmu dia kosong..dunia sahaja..jadi bayangkan..dunia hiburan ini kita dah tahu kotor dan melalaikan..tapi yang minat pop korea..taylor swift..lady gaga dan etc..jangan cakap ustaz dan ustazah tak ada yang tak minat..dengar juga lagu mereka..kan3??? jadi ini bermakna ada permintaan terhadap budaya mereka..maka apa berlaku??? fikirkan sendiri..kemudian soal politik..ustaz dan ustazah..kalau bab politik ini paling bahaya..kerana mereka sudah lah mahir beragama..sudah pasti modalnya agama juga kerana nak mendapatkan sokongan dari saudara seislam mereka..maka berhujah2 lah mereka..walhal.kita ini kena  elakkan perdebatan..dan jangan lah terikut-ikut sangat dengan emosi..memang hukum ALLAH harus ditegakkan..tetapi gunakan cara berhemah..ingat rasulullah s.a.w dulu lahir dikalangan dimana keadaan sangat teruk..tetapi baginda menggunakan pendekatan berhemah..Islam tidak ditegakkan dengan paksaan atau istilah lain mata pedang..jadi fikirkan lah sekali lagi..

Kesimpulannya..aku hanya mencari sebab mengapa aku menjadi begini..bukan mencari kesalahan orang lain..aku tidak mahu kelak aku menyalahkan orang lain..semua ini sebenarnya peringatan..sebaik mana pun seseorang di dunia ini..hanya ALLAH s.w.t yang menentukan nasibnya..maka..sentiasalah bersangka baik dan bukan dengan menyalahkan sesuatu sama lain..kita semua katakan mahukan syurga..tetapi apakah kita berusaha ke arah itu?? sekali lagi tepuk dada tanya diri sendiri..

Wednesday 22 June 2011

Ibu bapa untuk kebaikan sendiri atau kebaikan anak-anak??

Assalammualaikum..
    Hrmm..mungkin entri atau karangan yang tak seberapa ini bakal mencetus kontroversi dengan pelbagai pendapat..tapi peduli apa aku..masing-masing ada pandangan peribadi masing-masing dengar pandangan masing-masing kemudian fikirkan semula dan buat keputusan..kerana keputusan yang dibuat itu lah yang bakal menentukan corak dan rentak pemikiran kita..jadi tak perlu nak 'condemn' orang lain yang sebulu..tapi pastikan hujah dan pandangan itu menggunakan ilmu bukan nafsu dan emosi...

Baru-baru ini aku baru balik dari family day di Janda Baik..(serius aku tak kenal 90% dari ahli family day ini walaupun diorang family aku)... Jadi pagi hari kedua antara program yang berlangsung adalah Qiamulail..Serius aku tak menafikan Qiamulail adalah satu program yang baik terutama nak mendidik hati dan nafsu ni..tapi SERIUS..hari itu adalah Qiamulail paling teruk yang aku pernah BUAT!!! bukan pernah hadir yerk..Jangan salah faham..sebab apa..abaikan..yang penting berbalik pada tajuk ialah pagi tu ada ustaz jemputan(serius ini pun kejutan juga..tak pernah2 aku dengar family day ada penceramah jemputan)..ustaz ini beri ceramah mengenai pentingnya institusi kekeluargaan yang menitik beratkan pendidikan agama islam dalam perhubungan kekeluargaan tersebut..Jadi bila habis ceramah pagi itu..macam biasa lah..ada sesi buka soalan..ha3..aku dengan semangat pun bagi lah satu perkara yang aku dah lama nak luahkan dan minta pandangan ustaz..Benda yang aku nak luahkan itulah yang menyebabkan punca ada wallpost ini..sebab nak berkongsi!! tak nak baca tak mengapa..hu3..tiada paksaan..tapi apa aku nak kongsi ialah..kalau kita fikirkan soal pendidikan,makan dan minum, kasih sayang dan etc..sebenarnya kalau nak cakap..sebab kekurangan semua inilah yang menyebabkan kebejatan atau masalah sosial dikalangan anak2 muda macam aku ini..tetapi yang aku nak cerita ini pula ibu bapa..kadang2 bukannya ibu bapa tak bagi semua itu..

  Tapi ada juga ibu bapa yang dah bagi semua itu..nak cakap tak bagi pendidikan agama..hrmm..dah hantar gi sekolah agama..siap hantar dan ambil tau!! tunggu depan pintu lagi (macam master)..kalau zaman mak ayah kita dulu harapan nak dapat semua itu..hantar sekolah je..nak pergi sekolah..pandai2 lah korang!!..Pelik kan dah hantar pergi belajar agama siap dapat A+++++  di sekolah agama..tapi kenapa masalah juga??Maaf yer..pada mak ayah di luar..ini luahan hati seorang anak..tak dinafikan dah dihantar ke sekolah..pagi sekolah kebangsaan..petang sekolah agama..atau sebaliknya tetapi pada saya ini ialah..tak guna semua itu..ilmu yang ada patut di amalkan..macam mana?? hrmm..cuba fikir balik..dari besar sampai ke umur korang sekarang (kalau mak ayah masih hidup)..mak ayah korang mesti cakap mengenai..kerja elok..cari duit banyak2..pakai kereta besar..rumah besar dan etc..tetapi balik zaman diorang..semua itu tak penting yang penting jangan menyusahkan masyarakat atau istilah lain masyarakat!! jadi apa guna hantar pergi sekolah..ada ilmu tapi persekitaran mengalakkan perakara bertentangan..Di sekolah..di ajar tentang nilai-nilai murni..tapi di rumah berlaku sebaliknya..sebagai contoh..kalau kita fail exam...atau tak dapat keputusan cemerlang..mesti mak ayah marah cakap 'apa nak jadi kau ni nak..teruknya result periksa kau kalau kau tak pandai nak dah besar nanti hidup susah ' ...nampak?? kita mengalakkan anak2 nak maju tapi pada masa kita lupa biar tak kaya harta tapi kaya budi pekerti..bila anak2 dah berjaya lihatlah apa berlaku..lupa diri..lupa keluarga..mana nilai2 murni yang diajar disekolah?? bukan anak itu bodoh tak tahu mengenai nilai2 murni itu..tapi sebab nilai2 murni itu tak diserapkan dalam jiwa anak-anak oleh ibu bapa..

Kedua..korang pernah tak tengok macam mana mak dan ayah zaman sekarang ikutkan rentak anak? nak tahu rentak macam mana?? har..rentak macam ni..semuanya rentak2..(macam lagu ferhad)..maksudnya ialah..sekarang ini yang tua nak jadi muda yang muda rasa dah cukup tua..jadi itu rasa macam tak betul..kalau tak percaya tengok budaya 'couple'..sekarang ini dah jadi macam tak ada apa2 kesalahan kalau anak-anak muda bercinta..jadi bukankah itu juga mengalakkan kemaksiatan dan pada masa sama jika berlaku sesuatu tak diingini maka siapa nak disalahkan? bak kata mat salleh 'preventing is the best cure(betul ke?)'..kenapa?? sebab zaman mak ayah dulu..kahwin muda bukan satu masalah..tapi entah kenapa pula zaman sekarang atau zaman era generasi muda/moden( muda or moden ar sangat) ini rasa macam sesuatu yang pelik kalau kahwin awal atau dulu kahwin tak payah nak buat 'grand' atau 'havoc' asal ada kenduri sudah..sekarang ini kenduri?? mak aik..jangan cakap ar..jadi kenapa dan mengapa?? pelikkan?? So kenapa? sebab mentaliti ini sebenarnya..kenapa harus dibeza-bezakan?? jadi fikirkanlah..aku dah puas memikirkan satu jawapan yang memang kalau tahu pun jawapan tapi benda ni macam menongkah arus...

Ketiga benda yang aku duk terfikir ialah soal kasih tapi tak sayang..kalau tak percaya fikirkan lagi..cari duit bagai nak gila...nak jadi kaya..kaya sampai mana?? aku pun tak tahu..alasan paling best?? demi kebaikan anak-anak dan kebahagian keluarga?? celah mana?? Kalau korang tak percaya sekali lagi..boleh buat kajian sendiri..mak ayah sayang ke tak dengan anak-anak?? Macam mana ?? macam ini..pergi ke sekolah2 yang ada di Malaysia ini..tanya cikgu2 di sekolah yang korang pergi itu..berapa ramai ibu bapa yang hadir setiap kali ada mesyuarat nak membincangkan hal anak-anak diorang? kalau ramai alhamdulillah..kira masih diambil berat..tetapi pada aku..sepanjang aku membesar dan tolong ex cikgu-cikgu aku di sekolah?? jawapan aku ialah tak sampai 30 percent pun..pelikkan? walhal bincang hal anak..kadang2 nak cakap kerja..aku pun tak tahu kerja mak ayah diorang apa..just aku tahu aku punya mak ayah je aku tahu kerja apa..jadi fikirkan sekali lagi..

Yang terakhir..aku cuma nak cakap soal mudah puas atau rasa diri lebih baik dari setiap orang..ingat lah..muda atau tua..setiap orang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang berbeza..jadi hormati..ambil yang jernih buang yang keruh..kenapa nak dibicarakan soal siapa lahir dahulu atau soal siapa yang lebih menghampiri kematian?? tak pecaya juga..haih..meh sini..fikir lagi..kenapa susah ibu bapa nak terima pandangan anak2? sebab mereka rasa mereka dah cukup pengalaman dan lebih baik dari anak2..sebenarnya..kadang2 anak2 nampak dari sudut berlainan dari apa ibu bapa nampak..jadi sebab itu diorang nampak pandangan diorang..tetapi pandangan anak-anak tak boleh lar di 'condemn'kan terus..harus diteliti mana baik buruk..sebab itu namanya menuntut ilmu juga..sebab kita berkongsi sesuatu yang kita tak lalui..zaman ibu bapa membesar berbeza dengan zaman anak-anak membesar..jadi ibu bapa kena juga menuntut ilmu mengenai perkembangan semasa dengan bukan mengikut rentak anak2..hrmm..fikirkan2 lah yerk..

Kesimpulan yang aku nak buat di sini ialah..semua kena berbalik pada al-quran dan sunnah..soal salah siapa..masing-masing kena mainkan peranan masing2..kalau nak soal salah siapa..bukan aku nak menyalahkan sesiapa sedangkan kita pun belajar bagaimana nabi nuh gagal memujuk keluarga dia memeluk islam..tapi itu soal hidayah yang merupakan hak mutlak Allah s.w.t..tetapi kalau kita acuh anak-anak bukan ikut acuan ikut suka tapi acuan al-quran dan sunnah..rasa2 apa berlaku? tapi yang pasti kita kebanyakan didik anak2 ikut acuan ikut suka..jadi renung2kan..sebab aku terus terang kalau diberi pilihan nak aja aku balik zaman 60..sebab serius zaman yang mana xmaju dan xmundur sangat..at least aku tahu sebab mengapa aku dididik sedemikian dan aku menjadi seorang manusia..maaf yer..ini semua apa aku fikirkan..yang anak2..ingat tanda akhir zaman..anak melahirkan tuan..jadi korang renung2kan lah..kita ni mana kedudukan kita..yang melahirkan tuan atau tuan melahirkan hamba..

Alhamdulillah

Bismillahi..

Akhirnya cita-cita untuk mempunyai sebuah blog telah tercapai..*ketawa besar*

..tetapi apa gunakan kalau ada blog tapi pengunaan dan pengisian dalam blog ni tak seberapa, kan..?

Yang penting aku ada satu entri atau istilah lain iaitu blog yang boleh mengasah minda aku, mengasah skill juga.

Lagi pun pada aku blog ni lebih kepada macam diari tetapi boleh dibaca oleh orang luar. Jadinya, nak dikatakan personal tu, mungkin tak..

Terpulanglah pada pendapat masing-masing.

Pada aku, benda ni macam tempat orang macam aku yang kurang ilmu mengasah dan berkongsi pendapat yang bermain dalam kepala otak ini.

                                                           SOUT AL HOREYA.


Har.. mungkin dikalangan pembaca blog aku yang tak seberapa ini mungkin rasa pelik apa itu sout al horeya? atau sebab kenapa aku pilih sout al horeya?

Sebenarnya kebetulan masa revolusi mesir yang berlaku baru-baru ini (aku ini terus terang..kalau bab revolusi,menegakkan keadilan atau apa-apa berkaitan dengan semangat juang bersangkut paut dengan Islam..memang aku sangat2 berminat( kalau sangat tu ada macam facebook; like sejuta kali mesti aku dah tulis); aku search la dalam Youtube mengenai perkembangan berlaku di Mesir masa itu.

Kebetulan pula aku risau kan sepupu aku. kalau sepupu aku kena 'sentuh', aku rasa jadi HIJAU kot. Tetapi aku ini insan kerdil, cuma boleh rasa marah sahaja..ha3..apa aku melalut ??

Baik, balik pada sout al horeya ini. Masa aku search video di mesir aku terjumpa sebuah lagu yang pada aku kalau faham maksud lagu tu TERBAKAR kot semangat ni. Jadi aku sangat2 suka dengan lagu ini, sebab dia buat aku menangis!!!!!

Itu yang tak boleh blah tu. Sebab sout al horeya ni aku ambil nak jadikan sinonim dengan aku. Jadi tercipta lah blog sout al horeya. Kalau nak dengar meh kat bawah ada link dia.

selamat mendengar dan menonton!!