Wednesday 22 June 2011

Ibu bapa untuk kebaikan sendiri atau kebaikan anak-anak??

Assalammualaikum..
    Hrmm..mungkin entri atau karangan yang tak seberapa ini bakal mencetus kontroversi dengan pelbagai pendapat..tapi peduli apa aku..masing-masing ada pandangan peribadi masing-masing dengar pandangan masing-masing kemudian fikirkan semula dan buat keputusan..kerana keputusan yang dibuat itu lah yang bakal menentukan corak dan rentak pemikiran kita..jadi tak perlu nak 'condemn' orang lain yang sebulu..tapi pastikan hujah dan pandangan itu menggunakan ilmu bukan nafsu dan emosi...

Baru-baru ini aku baru balik dari family day di Janda Baik..(serius aku tak kenal 90% dari ahli family day ini walaupun diorang family aku)... Jadi pagi hari kedua antara program yang berlangsung adalah Qiamulail..Serius aku tak menafikan Qiamulail adalah satu program yang baik terutama nak mendidik hati dan nafsu ni..tapi SERIUS..hari itu adalah Qiamulail paling teruk yang aku pernah BUAT!!! bukan pernah hadir yerk..Jangan salah faham..sebab apa..abaikan..yang penting berbalik pada tajuk ialah pagi tu ada ustaz jemputan(serius ini pun kejutan juga..tak pernah2 aku dengar family day ada penceramah jemputan)..ustaz ini beri ceramah mengenai pentingnya institusi kekeluargaan yang menitik beratkan pendidikan agama islam dalam perhubungan kekeluargaan tersebut..Jadi bila habis ceramah pagi itu..macam biasa lah..ada sesi buka soalan..ha3..aku dengan semangat pun bagi lah satu perkara yang aku dah lama nak luahkan dan minta pandangan ustaz..Benda yang aku nak luahkan itulah yang menyebabkan punca ada wallpost ini..sebab nak berkongsi!! tak nak baca tak mengapa..hu3..tiada paksaan..tapi apa aku nak kongsi ialah..kalau kita fikirkan soal pendidikan,makan dan minum, kasih sayang dan etc..sebenarnya kalau nak cakap..sebab kekurangan semua inilah yang menyebabkan kebejatan atau masalah sosial dikalangan anak2 muda macam aku ini..tetapi yang aku nak cerita ini pula ibu bapa..kadang2 bukannya ibu bapa tak bagi semua itu..

  Tapi ada juga ibu bapa yang dah bagi semua itu..nak cakap tak bagi pendidikan agama..hrmm..dah hantar gi sekolah agama..siap hantar dan ambil tau!! tunggu depan pintu lagi (macam master)..kalau zaman mak ayah kita dulu harapan nak dapat semua itu..hantar sekolah je..nak pergi sekolah..pandai2 lah korang!!..Pelik kan dah hantar pergi belajar agama siap dapat A+++++  di sekolah agama..tapi kenapa masalah juga??Maaf yer..pada mak ayah di luar..ini luahan hati seorang anak..tak dinafikan dah dihantar ke sekolah..pagi sekolah kebangsaan..petang sekolah agama..atau sebaliknya tetapi pada saya ini ialah..tak guna semua itu..ilmu yang ada patut di amalkan..macam mana?? hrmm..cuba fikir balik..dari besar sampai ke umur korang sekarang (kalau mak ayah masih hidup)..mak ayah korang mesti cakap mengenai..kerja elok..cari duit banyak2..pakai kereta besar..rumah besar dan etc..tetapi balik zaman diorang..semua itu tak penting yang penting jangan menyusahkan masyarakat atau istilah lain masyarakat!! jadi apa guna hantar pergi sekolah..ada ilmu tapi persekitaran mengalakkan perakara bertentangan..Di sekolah..di ajar tentang nilai-nilai murni..tapi di rumah berlaku sebaliknya..sebagai contoh..kalau kita fail exam...atau tak dapat keputusan cemerlang..mesti mak ayah marah cakap 'apa nak jadi kau ni nak..teruknya result periksa kau kalau kau tak pandai nak dah besar nanti hidup susah ' ...nampak?? kita mengalakkan anak2 nak maju tapi pada masa kita lupa biar tak kaya harta tapi kaya budi pekerti..bila anak2 dah berjaya lihatlah apa berlaku..lupa diri..lupa keluarga..mana nilai2 murni yang diajar disekolah?? bukan anak itu bodoh tak tahu mengenai nilai2 murni itu..tapi sebab nilai2 murni itu tak diserapkan dalam jiwa anak-anak oleh ibu bapa..

Kedua..korang pernah tak tengok macam mana mak dan ayah zaman sekarang ikutkan rentak anak? nak tahu rentak macam mana?? har..rentak macam ni..semuanya rentak2..(macam lagu ferhad)..maksudnya ialah..sekarang ini yang tua nak jadi muda yang muda rasa dah cukup tua..jadi itu rasa macam tak betul..kalau tak percaya tengok budaya 'couple'..sekarang ini dah jadi macam tak ada apa2 kesalahan kalau anak-anak muda bercinta..jadi bukankah itu juga mengalakkan kemaksiatan dan pada masa sama jika berlaku sesuatu tak diingini maka siapa nak disalahkan? bak kata mat salleh 'preventing is the best cure(betul ke?)'..kenapa?? sebab zaman mak ayah dulu..kahwin muda bukan satu masalah..tapi entah kenapa pula zaman sekarang atau zaman era generasi muda/moden( muda or moden ar sangat) ini rasa macam sesuatu yang pelik kalau kahwin awal atau dulu kahwin tak payah nak buat 'grand' atau 'havoc' asal ada kenduri sudah..sekarang ini kenduri?? mak aik..jangan cakap ar..jadi kenapa dan mengapa?? pelikkan?? So kenapa? sebab mentaliti ini sebenarnya..kenapa harus dibeza-bezakan?? jadi fikirkanlah..aku dah puas memikirkan satu jawapan yang memang kalau tahu pun jawapan tapi benda ni macam menongkah arus...

Ketiga benda yang aku duk terfikir ialah soal kasih tapi tak sayang..kalau tak percaya fikirkan lagi..cari duit bagai nak gila...nak jadi kaya..kaya sampai mana?? aku pun tak tahu..alasan paling best?? demi kebaikan anak-anak dan kebahagian keluarga?? celah mana?? Kalau korang tak percaya sekali lagi..boleh buat kajian sendiri..mak ayah sayang ke tak dengan anak-anak?? Macam mana ?? macam ini..pergi ke sekolah2 yang ada di Malaysia ini..tanya cikgu2 di sekolah yang korang pergi itu..berapa ramai ibu bapa yang hadir setiap kali ada mesyuarat nak membincangkan hal anak-anak diorang? kalau ramai alhamdulillah..kira masih diambil berat..tetapi pada aku..sepanjang aku membesar dan tolong ex cikgu-cikgu aku di sekolah?? jawapan aku ialah tak sampai 30 percent pun..pelikkan? walhal bincang hal anak..kadang2 nak cakap kerja..aku pun tak tahu kerja mak ayah diorang apa..just aku tahu aku punya mak ayah je aku tahu kerja apa..jadi fikirkan sekali lagi..

Yang terakhir..aku cuma nak cakap soal mudah puas atau rasa diri lebih baik dari setiap orang..ingat lah..muda atau tua..setiap orang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang berbeza..jadi hormati..ambil yang jernih buang yang keruh..kenapa nak dibicarakan soal siapa lahir dahulu atau soal siapa yang lebih menghampiri kematian?? tak pecaya juga..haih..meh sini..fikir lagi..kenapa susah ibu bapa nak terima pandangan anak2? sebab mereka rasa mereka dah cukup pengalaman dan lebih baik dari anak2..sebenarnya..kadang2 anak2 nampak dari sudut berlainan dari apa ibu bapa nampak..jadi sebab itu diorang nampak pandangan diorang..tetapi pandangan anak-anak tak boleh lar di 'condemn'kan terus..harus diteliti mana baik buruk..sebab itu namanya menuntut ilmu juga..sebab kita berkongsi sesuatu yang kita tak lalui..zaman ibu bapa membesar berbeza dengan zaman anak-anak membesar..jadi ibu bapa kena juga menuntut ilmu mengenai perkembangan semasa dengan bukan mengikut rentak anak2..hrmm..fikirkan2 lah yerk..

Kesimpulan yang aku nak buat di sini ialah..semua kena berbalik pada al-quran dan sunnah..soal salah siapa..masing-masing kena mainkan peranan masing2..kalau nak soal salah siapa..bukan aku nak menyalahkan sesiapa sedangkan kita pun belajar bagaimana nabi nuh gagal memujuk keluarga dia memeluk islam..tapi itu soal hidayah yang merupakan hak mutlak Allah s.w.t..tetapi kalau kita acuh anak-anak bukan ikut acuan ikut suka tapi acuan al-quran dan sunnah..rasa2 apa berlaku? tapi yang pasti kita kebanyakan didik anak2 ikut acuan ikut suka..jadi renung2kan..sebab aku terus terang kalau diberi pilihan nak aja aku balik zaman 60..sebab serius zaman yang mana xmaju dan xmundur sangat..at least aku tahu sebab mengapa aku dididik sedemikian dan aku menjadi seorang manusia..maaf yer..ini semua apa aku fikirkan..yang anak2..ingat tanda akhir zaman..anak melahirkan tuan..jadi korang renung2kan lah..kita ni mana kedudukan kita..yang melahirkan tuan atau tuan melahirkan hamba..

1 comment:

  1. waalaikummussalam....parents kwan anak2 plg dekat...kn???kn???besh ada parents yg supporting giler ...tp parents skrg pda pndangan alia terlalu open minded sngat...klow x caya kita boleh tngok..anak2 nk kuaq ngan sapa pun x kesah...nk blik lewat mlm pun x kesah...tambah2 klow yg duk jauh dari parents lagi la 'merdeka' anak2 diorang...so kebanyakannnya dari snilah mcm2 kes brlaku..setiap anak amanah ALLAH..jadi guide lah diorang dgn warna dunia n akhirat yg betul...dengan cara yg brhikmah..

    ReplyDelete